Showing posts with label alhijamah. Show all posts
Showing posts with label alhijamah. Show all posts

Tuesday, April 2, 2013

10 Soalan Lazim Tentang Bekam



1-Sakit ke berbekam?
 Berbekam tidak sakit, seperti gigitan semut. Sakit lagi menderma atau pemeriksaan darah. Penggunaan lancet (jarum halus) mengurangkan kesakitan berbanding torehan pisau.

2-Siapakah yang boleh berbekam?
Semua golongan boleh berbekam, tidak kira peringkat umur. Cuma perlu pengawasan dan pemeriksaan terlebih dahulu bagi wanita mengandung atau yang menghidap penyakit spesifik. Rawatan kami hanya untuk kaum lelaki sahaja.

3-Adakah bekam meninggalkan parut atau kesan sampingan?
Tidak. Bekam tidak meninggalkan parut atau kesan sampingan. Tanda selepas dibekam akan hilang dalam masa 3 ke 4 hari.

4-Adakah larangan tertentu sebelum berbekam?
Sebelum berbekam anda mestilah dalam keadaan yang relaks, tidak terlalu penat atau tidak terlalu kenyang (selepas makan 1-2 jam). Terdapat beberapa larangan lagi yang perlu dipatuhi, sila rujuk kepada perawat kami.

5-Adakah larangan tertentu selepas berbekam?
Selepas berbekam dinasihatkan tidak terus mandi, makan atau melakukan kerja berat. Terdapat beberapa larangan lagi yang perlu dipatuhi, sila rujuk kepada perawat kami.

6-Ketagih ke berbekam?
Tidak. Berbekam memberi kelegaan dan kesembuhan kesakitan (dengan IzinNya) di samping mendapat pahala sunnah. Jika berikhtiar menyembuhakan kesakitan itu dikatakan ketagih, maka ramai orang sakit yang hanya duduk di rumah tanpa perlu berjumpa doktor.

7-Bilakah waktu yang sesuai untuk berbekam?
Waktu paling sesuai untuk berbekam adalah pada waktu tengahari atau petang. Haribulan yang paling afdal adalah hari ke 17,19 dan 21 (bulan Hijrah) sepertimana hadis :




8-Bilakah waktu larangan berbekam?
Tidak ada hadis shahih menerangkan tentang larangan berbekam pada hari tertentu walaupun ada pendapat yang tidak menggalakkan bekam pada hari Rabu.


9-Berapa lama tempoh rawatan bekam?
Tempoh rawatan bekam bergantung kepada keadaan pesakit , biasanya mengambil masa antara 45 minit - satu jam setengah.

10-Berapa lama selang masa untuk rawatan bekam seterusnya?
Sebaiknya bekam darah dilakukan sebulan sekali bagi orang biasa dan dua minggu sekali bagi pesakit yang menghidap penyakit spesifik. Bekam angin tiada batasan selang masa.