1-Sakit ke berbekam?
Berbekam
tidak sakit, seperti gigitan semut. Sakit lagi menderma atau pemeriksaan darah.
Penggunaan lancet (jarum halus) mengurangkan kesakitan berbanding torehan
pisau.
2-Siapakah yang
boleh berbekam?
Semua golongan
boleh berbekam, tidak kira peringkat umur. Cuma perlu pengawasan dan
pemeriksaan terlebih dahulu bagi wanita mengandung atau yang menghidap penyakit
spesifik. Rawatan kami hanya untuk kaum lelaki sahaja.
3-Adakah bekam
meninggalkan parut atau kesan sampingan?
Tidak. Bekam tidak
meninggalkan parut atau kesan sampingan. Tanda selepas dibekam akan hilang
dalam masa 3 ke 4 hari.
4-Adakah larangan
tertentu sebelum berbekam?
Sebelum berbekam
anda mestilah dalam keadaan yang relaks, tidak terlalu penat atau tidak terlalu
kenyang (selepas makan 1-2 jam). Terdapat beberapa larangan lagi yang perlu
dipatuhi, sila rujuk kepada perawat kami.
5-Adakah
larangan tertentu selepas berbekam?
Selepas berbekam
dinasihatkan tidak terus mandi, makan atau melakukan kerja berat. Terdapat
beberapa larangan lagi yang perlu dipatuhi, sila rujuk kepada perawat kami.
6-Ketagih ke
berbekam?
Tidak. Berbekam
memberi kelegaan dan kesembuhan kesakitan (dengan IzinNya) di samping mendapat
pahala sunnah. Jika berikhtiar menyembuhakan kesakitan itu dikatakan ketagih,
maka ramai orang sakit yang hanya duduk di rumah tanpa perlu berjumpa doktor.
7-Bilakah waktu
yang sesuai untuk berbekam?
Waktu paling
sesuai untuk berbekam adalah pada waktu tengahari atau petang. Haribulan yang
paling afdal adalah hari ke 17,19 dan 21 (bulan Hijrah) sepertimana hadis :
8-Bilakah waktu larangan
berbekam?
Tidak ada hadis shahih
menerangkan tentang larangan berbekam pada hari tertentu walaupun ada pendapat
yang tidak menggalakkan bekam pada hari Rabu.
9-Berapa lama tempoh rawatan
bekam?
Tempoh rawatan bekam bergantung
kepada keadaan pesakit , biasanya mengambil masa antara 45 minit - satu jam
setengah.
10-Berapa lama selang masa untuk
rawatan bekam seterusnya?
Sebaiknya bekam darah dilakukan
sebulan sekali bagi orang biasa dan dua minggu sekali bagi pesakit yang
menghidap penyakit spesifik. Bekam angin tiada batasan selang masa.