Sunday, March 31, 2013

Mengapa Kita Perlu Berbekam?

Berbekam adalah salah satu kaedah perubatan sunnah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Pelbagai penyakit dapat disembuhkan (dengan IzinNya) melalui perubatan bekam seperti mana hadis :





Perubatan bekam adalah suatu proses membuang darah kotor iaitu toksik atau racun yang merbahaya dari dalam tubuh melalui permukaan kulit. Toksik ini dihasilkan daripada sel darah merah yang mati di dalam tubuh selepas kitaran hayat 3 bulan & akan berkumpul di bawah lapisan kulit epidermis sebelum dikeluarkan secara berperingkat melalui perkumuhan.





Sel darah yang rosak ( darah kotor ) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam sistem aliran darah menyebabkan faktor utama mengakibatkan kapilari tersekat dan tersumbat dan kesannya akan menggangu pelbagai sistem badan dan menyebabkan kegagalan sistem  limfa,ginjal hati berfungsi dengan sempurna dan akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik. Sebagai perumpamaan, minyak pelincir kenderaan perlu ditukar bila tiba waktunya untuk mengelakkan masalah pada enjin. Darah yang kotor akan menyebabkan gangguan pada sistem badan terutama sistem peredaran darah dan akan menyebabkan timbulnya gejala penyakit atau simptom seperti pening kepala, badan mudah lesu & mengantuk, kebas kaki, mudah pitam & sering kepenatan. Gejala ini jika tidak dicegah dari awal boleh mengudang penyakit yang lebih kronik.
Melalui berbekam juga dapat merangsang kembali saraf-saraf yang telah lemah atau tidak aktif di dalam tubuh badan seseorang. Oleh itu dengan kaedah bekam ini sistem imuniti atau sistem pertahanan tubuh akan dapat dipulihkan kembali. Satu kajian oleh perubatan moden menunjukkan kehadiran sel T Limfosit, iaitu bahan utama dalam pembentukan antibodi manusia, bertambah selepas konsistensi rawatan bekam. Kehadiran sel ini dalam jumlah yang banyak meningkatkan daya tahan tubuh untuk melawan penyakit.  

Sudah terbukti kaedah perubatan bekam ini sangat berkesan sekali untuk menghilangkan rasa sakit dan dapat mengubati pelbagai penyakit-penyakit merbahaya selari dengan kaedah perubatan moden dengan membantu melancarkan sistem tubuh dan membersihkan darah daripada sisa-sisa toksik, racun dan angin yang tidak dapat dikeluarkan melalui sistem perkumuhan biasa.

Benarlah perubatan yang terbaik adalah dengan kembali kepada ilmu perubatan sunnah. Sebelum ilmu berbekam dikenali oleh dunia barat, Allah S.W.T telah lama dulu menurunkan wahyuNya melalui Nabi Muhammad S.A.W tentang hikmah berbekam. Usahlah kita ragu-ragu dan sama-sama kita raikan Sunnah Nabawiyah, moga dengan izin Allah penyakit-penyakit dapat disembuhkan dan kedua-dua pembekam dan pesakit mendapat pahala sunnah.